Minum air
Jika kepenuhan perut adalah disebabkan oleh penyimpanan air,korang sebenarnya dapat mengurangkan masalah tersebut dengan minum banyak air. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan pengeluaran air dari sistem perkumuhan. Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan produk 'sampah'. Ketika anda sedang berdiet sekalipun, jangan ubah jumlah pengambilan air kerana ia akan menyebabkan banyak bahan sukar dicerna dan seterusnya menyebabkan perut buncit.
Makan dengan perlahan
Hindari makan terlalu cepat kerana jika korang menelan makanan dengan cepat, udara akan bertahan atau tersekat di dalam usus seterusnya membentuk gas yang dapat memicu penggelembungan perut. Amalkan makan dengan cara duduk dan kunyah makanan dengan perlahan. Makanan yang tidak dikunyah dengan betul akan menjadi bahagian-bahagian yang kecil yang tidak dapat dicerna dan menimbulkan banyak gas.
Mengurangkan pengambilan garam
Terlalu banyak garam dalam diet hanya akan menambahkan lagi sodium terhadap cairan tubuh yang seterusnya melambatkan mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya, perut terasa penuh dan buncit.
Hindari sembelit
Sembelit didefinasikan sebagai membuang air besar sama ada tiga kali atau kurang dari jumlah itu dalam seminggu. Sebagai kesannya, perut akan membesar. Jadi untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan makanan berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Olahraga/Bersenam
Olahraga/Bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk ke aliran darah dan keluar sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk keluar dalam bentuk pembuangan air kencing.
Dengan sedikit tips diatas,lepas ni boleh laa control yang mana terlebih tu. Dalam bilik buat senaman sikit-sikit pun dah okey kan.Tak semestinya bersenam kena turun padang.Kurangkan minum ais.*Padahal ais tu yang best..hewhew* dan sewaktu dengannya.Ada lagi tips lain? Boleh berkongsi.
Thanks kepada Blog empunya . tengah walk-walk tiba ada satu tips yang saya nak sgt .
Minum air banyak !!
No comments:
Post a Comment