hujan mencurah-curah tanah di atas bumi bersama guruh dan kilat yang memancar membuatkan manusia ketakutan dan mencari pelindungan. sudah berbulan-bulan Allah tidak turun kan hujan di tempat ku .
sekarang Allah memberi hujan rahmat selebat-lebatnya . Di tempat belajar ku .. ku melihat di dalam longkang bahawa air sudah naik dengan cepatnya .
"ini kejap lagi banjir nih .. mcm mana nak pergi kelas dengan cuaca macam nih ?"
sunyi . senyap . ku lihat tiada seorang pun berani berada di bawah .
"takut kne petir la tuh . hahah"
tiba-tiba kilat memancar .. lalu mengeluarkan bunyi guruh .
"astagafirullahalazim"
aku melihat jam sudah pukul 5.25 dan tinggal 5minit lagi kelas start. cuaca masih teruk , gelap seperti akhir dunia . ini menakutkan diri ku . keseorangan di dalam rumah di tingkat 3 membuat aku fikiran meracau-racau.
aku terkejut tiba-tiba mendengar orang mengetuk pintu rumah ku . aku terpana melihat tombol rumah ku .
setahu aku kawan ku satu blokku MC hari ini sbb demam yang teruk .
SIAPAKAH ?
apabila aku ingin mendekati di tombol pintu , tiada ketukan . tangan ku terhenti . aku beranikan diri untuk membuka dan ... rupanya housemate ku . dia terlupa membawa kunci .
"ada kelas ke ?" aku mengangguk .
"hujan nih .. entah2 class cancel"
aku diam .
emtah kenapa aku ingin ke kelas . padahal perangai ku .. aku suka mengambil kesempatan apabila cuaca hujan . dan aku tidak akan ke kelas .
tetapi kenapa aku ingin ke sana ? lalu aku ambik payung dan keluar .
"eh !! lebat la .. serius nak pergi?" housemate ku menjerit .
"pergi la .. mana tahu nanti lagi teruk .. assalamualaikum"
aku sekarang di bawah block rumah ku . aku terpana melihat air hujan yang lebat mencurah-curah.
aku terpandang longkang yang dalam yang penuh dengan air .
"harap-harap kubur ku tiada air sedalam begitu " kata hati ku .
kilat masih memancar . guruh masih berdentum . aku tercegat sambil melihat langit . kelabu .
aku melihat kembali jam tangan ku . sudah lepas 5minit sekarang pukul 5.35 .
aku gagahkan diri mengharungi hujan yang lebat ini bersama payung sahaja harapan ku untuk berteduh . angin bertiup sangat kencang dan aku terasa seperti ingin terbang .
sesampai aku di fakulti ku . aku terasa sejuk sangat disebabkan baju ku sudah basak dek kena hujan tadi .
sunyi . tiada sesiapa di sini ke ?
sebelum pergi ke kelas . aku membeli air di mesin air .
"sayangnya .. tiada air panas . kang bagus ada air panas " mengomel ku sendiri .
sambil berjalan . sambil aku menghirup air tin ku berperisa teh limau .
aku melihat setiap kelas . semua kosong .
aku pergi ke kelas yang sepatutnya aku pergi . tetapi kosong .
"class cancel ke nih ?"
tiba-tiba ... sesuatu bermain di fikiran ku . aku nampak aku bersama kawan-kwan perjuangan ku semasa belajar di kelas ini semasa semester 1 .
aku rindukan mereka . sekarang semua sudah haluan masing-masing memandang kan semua course lain-lain. tak semena-mena .. air mata ku mengalir .
dan cepat2 aku lap air mata ku . satu mesej di telefon ku "
class postponed . lupa nak habaq."
memandangkan class tiada . aku membuat keputusan untuk balik , memandangkan hujan sudah makin reda .
semasa pulang aku mendingak ke langit . aku melihat matahari , awan yang gelap . walaupun matahari itu panas dan terang tetapi awan yang gelap masih jugak tidak beredar .
dan tidak lama kemudian .. muncullah pelangi yang cantik .
"mashaAllah .. lawanya"
sesampai ke rumah ku . kepala ku terasa sakit ya amat sangat . "nak demam la nih"
cepat2 aku pergi bersihkan badan ku dan aku rehatkan diri di atas katil .
fikiran ku melayang dan aku tiba-tiba menangis .
aku utuskan untuk tidur sebentar .
BEEP~~
aku terkejut . aku terbangun . peluh ku penuh di muka ku . nafas ku tercunggap2 .
aku bermimpi . mimpi apakah tandanya ?
aku melihat jam . "Ya Allah .. dah pukul 7.15?"
cepat2 aku membersihkan diri dan menunaikan kewajipan .
semasa melepak di ruang tamu . aku banyakkan diam diri .
"oi !! apahal diam ha ? " tanya housemate ku .
"sakit kepala laaa ""haaa . tu la . pi tiduq time petang . kata org tua .. tidoq time petang boleh gila tahu ? "
"itu .. tahu je . tp tadi mengantuk sangat laaa "
tiba-tiba tekak ku rasa gatai lalu aku batuk sekali dengan bersin .
"haaa . kang dh demam" mengomel housemate ku .
"ishhh . sejuk kowt " aku terus makan ubat panadol supaya tidak teruk nanti .
keesokkan . batukku dan selesema ku makin teruk .
malam tadi lepas makan malam .. aku muntah-muntah . aku melihat jam pukul 1.35..
kejap lagi mahu gerak ke kelas . "Bismillahnirahmahnirahim"
sepanjang jalan .. pandangan ku kabur walaupum memakai cermin mata . aku berhenti di tepi fakulti dan bersihkan cermin mata ku . dan ia masih kabur . "power cermin mata dah kurang la pulak "
semasa di dalam kelas , batuk ku selalu memecah sunyi dalam kelas . kadang aku ingin bersin tetapi aku tahan kan .
habis kelas , aku diam sebentar sebab kepala ku sakit sangat .
"bila ko nak baliik ? " tanya kawan ku .
"ko balikla dulu , aku nak rehat la . "
mereka mengangguk dan suruh aku berhati-hati dan aku utuskan untuk ke klinik sahaja .
semasa menugnggu jururawat memanggil . aku membaca satu info yang menarik perhatian ku .
tentang jenis-jenis kanser dan tanda-tanda awal kanser .
"Nur Syifa ?"
nama ku disebut . "ya . saya "
"sila masuk "
"assalamulaikum Nur Syifa" sapa oleh doktor .
"waalaikumusalam doktor "
selama 25minit aku didalam bilik doktor dan doktor sahkan yang aku hanya demam biasa . belum ke tahap kronik . lalu dia memberi aku MC untuk banyakkan rehat .
perjalanan pulang , aku selalu memikirkan tentang info yang baru sahaja aku baca dan aku terpikir . "adakah aku mengalami sakit sebegitu rupa ? "
aku tergelak sendiri dan teruskan perjalanan .
sudah 2bulan batukku , sakit kepala ku masih terpahat di dalam badan ku .
tidak mungkin asyik demam je . untuk sedapkan hati yang gundah .
"ala ... batuk dah standard la .. makan duk tibaii je . hihi"
ada satu hari . aku merasa diri ku lemah selemahnya .
memandang kan aku pulang ke kampung jadi aku rehatkan diri .
alhamdulilah . diri ku rasa sangat segar . dan aku makin bersemangat untuk ke kelas hari ini .
sedang aku bergelak-gelak bersama classmate . Sakit kepala ku serang kembali .
dan aku utuskan untuk berdiam diri sebentar dan cuba lawan sakit ku "sakit xboleh manja sangat "
pulang dari kelas . aku banyakkan masa untuk menghadap laptop membuat assigments yang perlu disiapkan.
pada malam itu . tiba-tiba aku terbaca satu entri di blog tentang kematian . Mengalir mata ku membaca ayat nya yang menusuk di dalam jiwa ku .
lalu aku pergi ke bilik air dan melakukan ibadat iaitu SOLAT TAUBAT .
selepas aku beribadat , aku lebihkan berzikir kepada Allah dan aku btertidur di atas sejadah .
Keesokkan . aku siap-siapkan diri untuk ke kelas .
tiba-tiba aku teringat akan mimpi ku dulu . dan aku menulis di dalam sebuah nota.
"
Petang itu aku tidur dan aku bermimpi datang seorang wanita yang tua memberi ku buah . rupa buah itu aku tidak tahu bagaimana ingin kata . dan sememangnya lain dari yang lain . kata orang tua itu .. buahnya nampak mcm buruk .. tp sedap . Lalu aku makan buah itu dan rasanya tersangat sedap . Manis , Masam semua ada .
selepas aku makan buah itu , org tua itu hilang dr pandangan ku .
tiba-tiba .. kepala aku sakit dan aku batuk dengan teruk sekali . terkeluarlah ulat-ulat sampah dr mulutku . Ya Allah . ampunkan dosa ku .
selepas aku muntah , badan ku panas seperti cucuk2 dengan api . aku melihat kulit ku sudah menjadi hitam dan penuhi dengan nanah . dan sekali lagi .. kepala aku sakit tersangat-sangat dan aku lemah di situ keseorangan tanpa sesiapa ..................................................."
selepas siap cerita tentang mimpi ku , tiba-tiba ketukan di pintu berbunyi dan aku terus simpan nota ku dalam dompet .
semenjak ini , sakit ku makin teruk sampai kan aku tak boleh berfikir . kadang sampai aku lupa . lupa yang teramat teruk .
buku ku boleh letak di dapur. basuh baju pun boleh silap . minum air dengan mangkuk .
betapa teruk sangat lupa aku ini .
"nyanyuk sudah ka aku nih ?' tergelak aku sendiri .
ada satu masa .. aku ingin ke kedai bersama kawan-kawanku .
aku lebihkan diam diri .
tiba-tiba ada sesuatu mencucuk dalam kepala ku sampai aku menjerit kesakitan .
disebabkan kesakitkan yang amat . aku pengsan di situ .
mata ku merasa berat sangat . apabila membuka mata ku ,aku melihat ibu bapa ku memnagis-nangis . bersama adik-beradik ku yang lain . aku cuba bangun , mereka halang ku .. dan mereka suruh aku bersabar .
"laaa . demam je la . xkan sampai xbg bangun ?"
"akak bukan demam la kak .. tp.." kata ibu ku ..tetapi tidak sampai habis kata-katanya .
"salam nur syifa ." kata seorang doktor .
aku diam .
"nur syifa .. adakah kamu rasa sakit lagi ? "
aku mengeleng .
"syifa dah sakit berapa lama ?"
aku diam . aku lupa .. aku kira dengan jari . tetapi satu nombor aku tak ingat .
"satu .. ermm . lepas satu berapa ya ?"
ibu ku terus menangis bila mendengar aku tanya begitu .
"ibu kenapa tiba-tiba nangis ? akak lupa nombor je la "
"syifa .. saya minta maaf . sakit awak ini dah lama kan ? dalam 3,4 bulan awak mengalami sakit kepala , batuk2 , lemah badan kan ?"
aku menggangguk .
"tak tergerak hati nak pergi klinik or hospital ?"
"maaf la . syifa ingat sakit biasa mcm demam . itu je "
"syifa .. ini bukan demam sayang . tp .. syifa kne kanser otak . dah lama syifa kne kanser nih sampai tahap maximun . saya nak tolong syifa teruskan hidup . tetapi ... hidup syifa tersangat singkat sekarang nih "
aku tergamam .
"syifa jangan putus asa ya . saya tak tahu berapa lama syifa boleh bertahan . tp saya tahu .. kalau syifa terus berjuang .. Allah pasti tolong syifa dan berikan syifa hidup lagi "
mata aku mengalir . aku dah nak mati ? xmungkinn .. aku tak bersedia .
tiba-tiba aku teringat lagi nota tentang mimpi ku .
"......
aku meninggalkan keluarga ku , saudara ku , kawan ku dan semuanya milik aku . mereka memberi ku airmata dan doa pada ku supaya berjuang . tiba-tiba sesuatu rentapku seperti ku ingin cabut jantungku ...........................
aku terus memeluk ibu bapa ku .
"ibu .. ayah ... akak minta maaf selama ini akak buat salah pada ibu .. ayah . akak xsengaja . dan tiada niat "
selepas mencium ibu ayah ku ..
aku terus peluk adik-adik ku .
"akak minta maaf , lepas nih akak xdapat dengar suara kalian , xdapat bergaduh dengan akak lagi dan akak xboleh ajar kalian menlukis "
"akak minta maaf"
semua orang termasuk aku menagis teresak-esak .
semenjak aku mengalami kanser . aku banyakkan murung dan tiada lalu makan .
aku seperti tidak percaya bahawa aku akan pergi ? mampu kan aku mengahadap ILAHI ?
"
... nafas ku tercungap-cungap kerana ingin melepaskan diri dari tempat gelap ini . tetapi aku tidak boleh melepaskan diri . mcm mana nih ? ibu .. ayah .... "
aku mengira hari dan masa . dan aku utuskan untuk kembali ke tempat belajar walaupun di tentang habis-habisan oleh orang tua ku . tiba2 aku teringat dengan nota mimpi ku . dan aku menyambung dengan ayat "
apa yang dirancang , semua nya sudah ditentukan oleh Nya . jika dirancang untuk hidup 100tahun , akan tetapi Allah telah tentukan kita hanya hidup dalam usia muda sahaja .
Sakit semua tahu . Mati ? hanya Allah sahaja yang tahu .."
"hey . ko pi mana ? diam je .. awat muka pucat ?" sapa oleh kawan ku .
tiada satu kawan ku pun tahu tentang aku . hanya mereka tahu ialah demam teruk .
"aku kan sakit . ishh dia nih .."
tiba satu masa .. aku gelak ketawa bersama kawan di dalam kelas kosong. tiba-tiba batukku ku teruk seteruknya . nafas ku tidak keruan . sakit ku menyerang kembali .
'adakah sudah tiba masanya ? ibu .. ayah .. aku ingin tatap mu "
"hyee .. ko ok x ?"
"der .. tolong calling ibu aku" kata ku sambil ucap dadaku .
kawan ku tidak membuang masa dan terus call ibu ku . salah satu kawan ku tengah memicit kepala aku . mereka membawa aku ke klinik , tetapi aku menolak dan suruh mereka membawa ku balik ke hostel .
sesampai ke hostel , kawan ku memberi kata semangat pada ku . aku terus mengalir air mata .
"adakah aku perlu memberitahu pada kamu semua tentang ku ?"
setibanya ibu ayah ku sampai .. mereka terus menjemput ku untuk membawa pulang .
sampai ke rumah aku terbaring di sofa dengan nafas yang tercunggap-cunggap . ku lihat pada jam .
2.25 .. tinggal 5 minit lagi nak masuk pukul 2.30 . ibu ku meberi aku makan ubat dan suruh berehat , tenangkan kepala dan nafas .
rupanya kawan ku mengikut aku pulang ke rumah , mereka terus memberi ku kata-kata semangat bercampur gurauan .
aku tahu .. mereka ingat aku hanya sakit biasa . tetapi .. aku akan tinggalkan kalian ..
ibu ayah ku memberitahu pada mereka tentang sakit ku . dan mereka terkejut dan mereka kata ..
"tak mungkin .. dia nampak sihat di luaran .. tetapi .. rupanya ... "
mata ku mengalirkan air mata . dan aku memohon maaf kerana rahsia kan semua ini . mereka menangis teresak-esak dan memegang tangan ku . memandang kam semua saudara ku ada di rumah ku mereka memberi kata semangat dan aku bangun dan menunaikan kewajipan .
mereka semua pimpim ku . aku merasa sungguh gembira kerana masih menyayangi ku . semasa menunaikan solat , air mata sentiasa mencurah-curah .
selepas menunaikan kewaipan .. aku terus ke dapur dan terdiam melihat kawan2 ku bersama keluargaku bergembira .
mereka masak masakan kesukaan ku.
apabila aku ingin menolong , mereka menghalang ku .
"errmm . sedapnyaa "
"haaa . dak sakit makan pedas ini sikit , tp makan sayur kne banyak ." kata kawan ku
"ala " .. mengomel ku
lauk hari ini sedap2 belaka , campur pula makan bersama2 di lantai .
dan mcm kenduri pula . tergelak aku sendiri . seronok aku melihat orang ku sayang makan dengan puasnya .
selepas aku makan , mereka bertanya aku tentang sakit ku . aku jawab acuh tidak acuh .
mereka terkilan sedikit sebab tidak memberitahu tentang sakit ku .
malam itu , aku menyuruh mereka tidur sahaja di rumahku . walaupun hanya setengah jam perjalanan , tapi aku berkeras juga menyuruh mereka tidur di rumah ku .
pada malam itu ,aku di atas katil untuk berehat , dan adikku sedang mengulang kaji
badan ku sudah lemah selemahnya .. batukku juga teruk bercampur sakit kepala yang amat sangat .
aku kejutkan adikku , dan adikku terkejut dengan keadaan ku , terus ke bilik ibu ku .
ibu ku memberitahu semua tentang ku dan mereka semua di tepi ku .
aku melihat di jam 8.25 ..
dan 5minit itulah mereka mengajar aku mengucap 2 kalimah syahadah .
dan 5minit itulah aku melihat mereka untuk terakhir kali
dan selepas 5minit ..
aku hembuskan nafas yang terakhir ...