Pages

Thursday, September 13, 2012

hati .

Hati merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma dalam manusia dan haiwan. Hati mempunyai pelbagai fungsi termasuk menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksik dadah. Ia menghasilkan hempedu yang penting bagipenghadaman. Ia melaksana dan mengawal pelbagai fungsi biokimia jumlah besar yang memerlukan tisu khas. Istilah perubatan yang berkaitan dengan hati sering kali bermula dari perkataan Greek bagi hati iaitu hepar, menjadi hepato- atau hepatic. Hati berwarna perang kemerahan dan terletak di bawah diafragma iaitu di dalam rongga abdomen. Hati menerima makanan terlarut dalam darah apabila makanan ini tercerna dan diserap di usus.Hati manusia dewasa mempunyai berat antara 1.3 - 3.0 kilogram. Ia adalah organ lembut berwarna perang kemerahan. Hati merupakan organ kedua terbesar manusia (organ terbesar adalah kulit) dan kelenjar terbesar dalam tubuh manusia.
Ia terletak di bawah diafragma di sebelah kanan badan manusia. Sebahagian besar permukaan hati terletak di dalam sangkar toraks bagi melindunginya daripada kecederaan. ia juga menjadi alas bagi pundi hempedu yang menyimpan hempedu.
Secara anatomi, hati dapat dibahagikan kepada empat lobus iaitu lobus kanan (right lobe), lobus kiri (left lobe), caudate lobe, dan quadrate lobe. Lihat gambar untuk penerangan yang lebih jelas.

copy paste dr MR wiki .
kenapa aku post pasal hati ini ? 
aku nak jadi doktor ke ? atau aku ada masalah hati ?
YA ALLAH.
seminggu ini . hidup aku stress . hidup penuh dengan tangisan . gelisah . tak tenang .
kenapa ? minggu ini aku gaduh dgn semua mahkluk Allah yang sempurna akal dan fikiran serta fizikal .
entah kenapa . aku tak dapat mengawal diri dgn kemarahan yang geledak .
ini satu kes . satu kes .
susah nak jaga hati orang . orang pun susah nak jaga hati kita .
kadang . aku terpikir ... aku buat baik tak juga org nak suka kita . aku buat jahat . lagi dorg ckp aku SETAN ,
hidup ini mcm mana ?
maybe aku rasa .. gurauan aku or percakapan aku .
seriusly .. aku tak ada niat . just main2 .
tp xtahu lak . hati org cepat terasa . bagi kita itu just gurauan . tp bgai orang itu melampau .
tgk ... susah nak jaga kan ?

hati aku pun apa kurang nya .
sentiasa calar2 . kalau sembuh pun sekejap . tp calar balik 
sedih kan ?
dah nama pun manusia yang xsempurna .
kadang kita nampak baik . tp mulut bak bisa .
bila nampak cm kurang ajau . tp mulut bak penawar .

manusia kan ... di pandangan orang .. lain2 .
anggapan lain .
tp aku terasa .. hati orang nak jaga . hati aku ?
aku angguk bukan aku gembira . tp aku nak ambik hati .
sadiss kan saya awakkk .

kepada kawan2 kesayangan saya .
tak kisah di mana2 sahaja .
yang masih menganggap saya kawan .

saya memohon maaf sebanyak2 nya . atas kelakuan atau percakapan yang kurang baik dari mulut saya .
saya juga memohon maaf segala silap salah saya :')

saya sayang kamu semua .


No comments:

Post a Comment